Sunday, September 16, 2012

..SAMPAIKAN SALAMKU PADANYA..

Aisyah menanggalkan cermin matanya. Tuala muka di birai katil dicapai, lantas muka ditekup lama. Menghilangkan sendu yang masih berbaki..Allah....memang sentap habis lah pengajian ostad tadi, teresak-esak penonton time baca doa penutup. Tadi ostad hurai satu hadith ni, dari sekolah rendah dah penah dengar dan baca, tapi tak penah sekali pon hinggap kat dalam hati ni.



Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga aku lebih dicintainya daripada ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya.”

 Ada satu pepatah Arab kata, “ cinta itu membutakan & menulikan ”.

 Bila sebut c.i.n.t.a  je, apa yang terlintas? kalau tak teringat kat pakwe,(astaghfirullah..) mesti terbayang wajah redup ibu.(yang ni soleh sikit). Bercakap soal ibu, teringat sebuah kisah. Ada seorang wanita mengandung tinggal di sebuah rumah sewa bersama keluarganya dan juga emaknya yang sudah nyanyuk. Di balik hiruk-pikuk kota raya Kuala Lumpur, wanita gigih ini tabah melayani karenah emaknya yang ‘sebijik’ macam budak kecil berumur 5tahun. Bila diberi makan, pinggan ditepis. Bila nak dimandikan, meronta-ronta. Bila dibiarkan sebentar dalam bilik air, habis najisnya sendiri dibuat main. Habis kotor dan busuk bilik air itu dikerjakan. Agak-agaknya, kalau kawan kita buat semua perbuatan tu, mesti kita dah mengamuk kan? Tambah lagi,emosi orang mengandung lebih kacau. Akan tetapi, setinggi mana amarah itu dimomokkan, tinggi lagi kasih anak pada ibunya. Anaknya itu masih lagi mampu tersenyum dan terus bersabar menjaga ibundanya yang sangat dicintai. Subhanallah.. Begitulah nilai cinta dalam kamus hidup insan. Segala apa yang ada di atas muka bumi sanggup digadai,dikorban, hanya kerana apa? CINTA..

Nah, sekarang cuba kita tanya diri kita, kalau kasih kita terhadap ibu setinggi gunung, setinggi mana pula kecintaan kita terhadap Rasulullah? Adakah tingginya seperti bintang di langit, atau sama banyak dengan sayang kita pada keluarga. Ataupun,kalimah cinta pada Rasulullah itu,seakan janggal je pada kita. Tanya iman! (tak perlu tepuk dada)..

Jom kita teroka zaman Rasulullah SAW... Dunia jadi gempar bila mendapat berita pemergian Nabi. Seluruh alam berubah kelam dan sugul..di sana sini kelihatan orang menangis sayu. Masing-masing tidak percaya. Seperti contoh, Saidina Omar. Apabila beliau menyedari bahawa Rasulullah benar-benar telah wafat, Saidina Omar tersentak sehingga kaki beliau tidak mampu menanggung jasadnya lalu Saidina Omar menangis teresak-esak. Kecintaan beliau terhadap Rasulullah yang terlalu mendalam menyebabkan beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa Rasulullah SAW yang dikasihinya telahpun meninggalkan mereka semua buat selamanya. 

Saidina Bilal bin Rabah, pada zaman Saidina Omar telah tinggal di Sham. Pada satu malam, beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah bersabda kepada beliau : 

“Apakah kekerasan hati ini wahai Bilal?!  Adakah belum tibanya lagi waktu untuk kamu menziarahiku?”

Mimpi ini telah mengejutkan Saidina Bilal daripada tidurnya. Beliau sangat sedih dan sangat merindui Rasulullah SAW lalu beliau terus bergegas menuju ke Madinah Munawwarah. Apabila beliau tiba di Madinah, beliau menuju ke pusara Rasulullah SAW lalu Saidina Bilal teresak-esak menangis sambil menggosok-gosokkan wajah beliau di pusara Rasulullah lantaran kerinduannya kepada Baginda Muhammad SAW. Saidina Hasan dan Saidina Husin yang mendapati Saidina Bilal ada di pusara datang bertemu dengan beliau. Kedua-dua cucu Rasulullah ini menyatakan bahawa mereka terlalu merindui azan Saidina Bilal yang pernah dilaungkan semasa hayat Rasulullah SAW. 

Atas permintaan cucu Rasulullah SAW, Saidina Bilal pun bersetuju untuk melaungkan azan di bahagian atas masjid, yang merupakan tempat beliau melaungkan azan ketika Rasulullah belum wafat. Berita bahawa Saidina Bilal akan melaungkan azan menyebabkan penduduk Madinah yang terdiri daripada kalangan para sahabat Rasulullah dan keluarga-keluarga mereka terus keluar dari rumah-rumah mereka dan berhimpun untuk mendengar suara Saidina Bilal melaungkan azan.
Azan yang dilaungkan oleh beliau akhirnya menyebabkan penduduk Madinah Munawwarah menangis teresak-esak dan menjerit kesedihan khususnya ketika Saidina Bilal melaungkan : “Asyhadu anna muhammadan Rasulullah”. Sehingga dikatakan bahawa Saidina Bilal sendiri tidak mampu untuk menyudahkan azan beliau lantaran tangisannya dan kepiluannya yang terlalu membungkam jiwanya ketika itu.

Para sejarawan menyatakan bahawa hari tersebut adalah hari yang paling banyak bilangan orang-orang yang menangis di Madinah Munawwarah selepas kewafatan Rasulullah sehingga mereka menyatakan bahawa suasana tangisan, kepiluan dan kesedihan penduduk Madinah ketika itu adalah seperti kesedihan yang mereka alami semasa hari kewafatan Rasulullah SAW..

Kelas pengajian hari ini diakhiri dengan persoalan yang cukup menusuk kalbu.

 Jika Rasulullah SAW dan ibu anda berada di tempat bahaya, hanya seorang sahaja yang anda mampu selamatkan. Siapakah yang akan menjadi pilihan anda??

* * * *

Aisyah bangun dari katilnya setelah lama berteleku mengimbas kembali isi-isi pengajian hadith sebentar tadi. Dia menuju ke meja tulisnya lantas mengeluarkan sehelai kertas dan pen.

Perlahan-lahan dia mencoretkan sesuatu..


Warkah buatmu Ya Rasulullah...

                Tiada sehari yang berlalu, tanpa ku mengingatimu..
Rindu padamu sentiasa mendambakan kasih dan sayangmu..

Tidak dapat ku gambarkan,
Rindu yang lahir dari hatiku,
Hanya yang mampu tuk ku lafazkan,
Aku merinduimu...

 Terasa amat jauh diri ini,
Kerna kau tiada disisi,
Bergenang air mataku,
Bila terkenangkanmu...

Wahai kekasih Allah, sungguh diri ini hina untuk mendamba cintamu.. bahkan, mengharapkan syafaatmu...

Aku mengaku cintakanmu, tapi aku malu untuk menegakkan SunnahMu...
Tiap hari aku berikrar bahawa engkau utusan Tuhan, tapi hampir setiap hari aku melupakanmu..Ya Allah.. ighfir zunubana...

Apakah aku diterima atau kau kan membiarkan saja,
kerana ku berdosa, jangan biar ku terhina..
ku merayu padamu....

Maafkan diri ini wahai Kekasih Allah...
Hanya satu ku pinta, moga cinta yang baru berputik ini, membuahkan pertemuan antara kita di syurga kelak...amin Ya Robbal Alamin...


                    - PENCINTA AL-AMIN ^_^

P/S : Nak update cinta pada Rasulullah ni, bukan time maulid je tau!









Thursday, September 13, 2012

..Dengan nama Mu..

بسم الله الرحمن الرحيم

DUBLIN, IRELAND
2 SAFAR 1444H
6.30 pm


" Psst...Jemah, cuba kau tengok adik tu.." "kau ni dah kenapa? kan dia tengah masak tu. nak tengok mendenye..?

"Ishh. kau ni,, cuba peghati betul-betul! "

.....................................................................................................................................

Menu makan malam hari ni simple je. Telur sambal a.k.a  lauk 'bujang tenang'. Ulya baru berjinak-jinak nak masuk dapur nih.. Junior lah katekan. kalau tak tercampak kat bumi Ireland ni, ntah-ntah lada hitam dengan lada sulah pon tak tahu beza gak nye..

BISMILLAH.... Tukk! Kulit telur diketuk dan diluah isinya ke dalam kuali panas. Satu- persatu telur ayam siap digoreng.

....................................................................................................................................

" Bagus lak ai adik ni jemah.. kau tengok tuh, bila nak goreng telur tu dia sebut bismillah, bila nak tumis sambal,, pun dia sebut bismillah.."
Tipah perlahan-lahan mengangguk kepalanya, lantas berkata, " baru aku teringat, budak-budak ni ada kata, Ulya tu, kalau dia masak, manjang lauk simple jee. Tapi orang makan bertambah-tambah.sedap tu bro..sekarang baru aku tahu apa rahsianya..

Power betul kalimah Bismillah! *__*


                                    *                                                 *                                                    *

Cerita pendek di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena langsung dengan siapa pun yang tinggal di Dublin mahupun di Cairo ^^

Sekadar nak merasmikan blog baru ni dengan lafaz



Rasulullah S.A.W bersabda : " Setiap perkara baik yang tidak dimulakan dengan menyebut Bismillah (dengan nama Allah) maka ia adalah terputus (tidak diterima) "

Dalam hadith ni, Rasulullah pesan pada kita semuaaanya. Tak kira apa pun latar belakang. Baik ustaz, doktor, kaya, miskin, study Dublin, study Cairo,  d.l.l..

So, jangan malu-malu kucing untuk mulakan apa pun tugas anda dengan lafaz Bismillah.. okeh?!

InsyaAllah, keberkatan akan sentiasa mengalir, seiring dengan ganjaran dari Nya..

Akhir kata, (dah macam surat pulak) Moga blog ni jadi salah satu medium untuk saya bercucuk tanam, agar kita semua, sama-sama dapat hasilnya di 'sana' nanti..Aamiin...


Wallahu'alam