Monday, July 15, 2013

Ikan 3 rasa


Tiga keping wang kertas digenggam rapi. Lama ditenung keropok-keropok yang memenuhi rak kedai itu. Akhirnya dicapai satu, lantas bergegas ke kaunter pembayaran. “acik,, yang ni berapa? Saya ada tiga ringgit.” Maryam tersenyum lalu menjawab, “ RM0.30 sahaja dik, banyak duit adik ni. Bagi sekeping je. Nak apa-apa lagi tak?” budak comel berkopiah itu menggeleng laju. “baik, ni baki ya..”

                Maryam memandang kosong budak yang baru berlalu itu. Lantas pandangannya dialih ke luar kedai. Dia mengeluh. “setiap kali tengok kedai depan ni, mesti teringat Mesir. Siapalah tuan kedai barangan Mesir ni? Buat orang sedih saja.” Maryam menuturkan perlahan.
 

 
 
Hingga hari ini, sudah lebih enam bulan meninggalkan bumi barokah itu. Tempoh itu sedikit pun tidak mengurangkan kasih, malah rindu semakin membuak-buak. (ayat macam orang tengah angau pulak. ^.~)
Dr. Mursi ditangkap, kerajaan digulingkan, rakyat Mesir semakin ramai yang dibunuh dan cedera. Berita-berita sebegini telah berjaya merobek-robek hati kecil saya saat mendengarnya. Pelbagai perasaan berkecamuk dalam diri, tidak tahu yang mana mahu dihambur keluar. Allahhh…………
Marah. Bagaimana mereka boleh sewenang-wenangnya merampas kerajaan sebesar itu? semudah meragut beg tangan milik OKU? Bukankah ‘Dia’ yang diangkat oleh berjuta rakyat yang cintakan keadilan? Mengapa begini pula kesudahannya??
Sedih. Saya tidak kenal mereka, mereka juga tidak kenal saya. Tapi, rasa itu wujud dan mengalir dalam darah. Kalau dulu, saya  pernah menitiskan air mata terharu dan gembira, melihat mereka tersenyum puas, berjaya mengangkat Presiden yang sayangkan Islam. Hari ini, air mata jatuh lagi. Tapi kondisinya berbeza. Tuhan saja mengetahuinya  L
Kecewa. Ya, saya sangat kecewa. Pergolakan yang berlaku seolah-olah meniup pergi sedikit demi sedikit api semangat yang telah saya hidupkan. Semangat untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu disana. Rencana untuk berangkat kesana seolah berkecai. * Hasbunallah wa neemal wakeel *
Perasaan, kalau diikutkan banyak lagi yang boleh disenaraikan. Rasa yang bercampur-baur itu, agaknya kalau diadun, mungkin boleh menghasilkan Ikan siakap 3 rasa.  o.O

sekadar hiasan  ^^
 
Walau apa pun halnya, apa yang berlaku di depan mata kita sekarang, adalah dengan kehendakNya. Jika Allah tidak izinkan, pasti ia tidak akan terjadi. Bukankah Allah tidak zalim pada hamba-hambaNya? Berkali-kali saya ulang kenyataan ini dalam diri. Jangan sampai putus asa dengan Rahmat Allah!
Alhamdulillah. Emosi sudah semakin stabil. Last but not least,  mungkin kita perlukan 3T ini untuk berhadapan dengan apa-apa  tribulasi.
Atau dengan erti kata lain, saya yang memerlukannya. Untuk terus gagah meneruskan hidup.
# Tunduk             : perlu sedar bahawa kita hanya hamba. Apalah daya kita mahu menyuruh-nyuruh Allah  menyusun takdir mengikut kehendak kita? Tunduk pada yang mencipta. Dia lebih tahu.
# Tabah                : lihat orang lain yang ujiannya lebih besar. Sabar & tabahlah. Mana tahu boleh jadi penghapus dosa?
# Tawakkal          : ujian kali ini memang betul-betul menguji tawakkal. Kondisi Mesir yang tidak menentu, memaksa saya untuk benar-benar meletakkan pengharapan dan usaha hanya pada Allah. Jika memang rezeki saya kesana, Alhamdulillah. Jika tidak, itu juga rezeki. InsyaAllah.
 
ribuan rakyat di rob'ah sedang tahajjud
 
Subhanlllah wa hamdulillah waAllahuakbar. Beruntung masih berada dalam bulan Ramadhan. Masih ada peluang untuk perkasakan doa. Saya tahu Allah Maha Pengasih, saya yakin Allah Maha mendengar. Moga Allah izinkan saya yang kerdil ini untuk menjejakkan semula kaki ke Ardhul Kinanah itu. Sungguh, saya sangat- sangat merinduinya….
“Siapa yang minum air Sungai Nil, dia pasti akan kembali”  selalu dengar orang-orang lama kata begini. Harap-harap saya tergolong. Aminn Ya Robb!

the best scene that i miss very much!

 
YaAllah! bantulah saudara-saudara kami yang menegakkan agamaMu. Hancurkanlah musuh-musuhMu. Sama ada yang kami tahu atau tidak tahu. Sungguh! Engkau Maha perkasa lagi Maha bijaksana.
 
Amiiinn.......
 
15hb Julai 2013
2.20 am at Shah Alam, Selangor


Monday, January 14, 2013

Testing 1,2,3

Lokasi : Kelas Tingkatan 1
Masa   : 11.00 pagi


Semua pelajar lelaki belum kelihatan di dalam kelas. Barangkali masih menghabiskan sisa-sisa waktu rehat yang ada. Setelah sepuluh minit berlalu, seorang demi seorang pelajar lelaki masuk ke kelas. Riak muka masing-masing agak terkedu. ' Alamak! ustazah dah sampai. '

" Seronok makan? " saya bertanya sinis sambil mengangkat kening. Tidak mampu menyembunyikan rasa kurang senang terhadap sikap mereka. Mereka hanya diam membisu.

                                                         *                    *                      *

Soalan sinis itu telah menyebabkan kelas menjadi tegang dan tidak ceria. Semasa mereka menyalin selawat kamilah di papan putih, hanya bunyi kipas yang kedengaran. Riak muka mereka masih seperti tadi, kosong. Dan akhirnya, bila saya bertanya, " Siapa tahu mengapa kita perlu selawat?" ........................
Mereka diam membatu.

' Saya sudah silap. Tidak seharusnya menggunakan kaedah sarkastik dengan mereka. Perlu buat sesuatu, agar keadaan kelas tidak terus begini. '

Saya bangun dan senyum pada semua. Lantas berkata, " Baiklah, semua bangun.. "
" Tarik nafas dalam- dalam. Sambil itu, kamu sebut dalam hati, Allah...Allah...Allah.."

Alhamdulillah. Kelat muka mereka sudah kurang.. :)

Okey.. semua senyummm..  ^______________^

" Baiklah, sekarang saya mahu semua perkenalkan diri masing-masing. Sebut nama, hobi, dan kemahiran"

Bila dengar kemahiran, masing-masing berpandangan sambil tersenyum-senyum. " Alamak, apa ya kemahiran saya.. "

Alhamdulillah. Mood mereka bertambah baik.

" Siapa yang mahu cepat duduk, sila angkat tangan dan perkenalkan diri. "

Senyap beberapa saat. Tidak lama kemudian, seorang demi seorang mula taaruf diri.

Tiba-tiba ada seorang pelajar yang mengangkat tangan setinggi mungkin. Macamla saya tidak nampak kalau dia angkat tangan biasa-biasa sahaja. Jadi saya mengambil peluang untuk memulakan 'eksperimen'.
Saya puji perbuatannya. " Wah! tingginya kamu angkat tangan. Semangat betul, ustazah suka! "
Dia tersenyum, lalu berkata, " Nama saya Umar, ustazah "

" Umar. Saya suka nama Umar. " Kali ini saya pula yang tersenyum.
" Hobi saya bermain bola, saya mahir dalam bersukan" kata Umar dengan bersemangat.
" Baiklah, terima kasih Umar." Saya senyum sambil memberi isyarat, memberi izin untuk duduk.

                                             *                  *                    *

Sebelum kelas tauhid bermula, saya katakan pada mereka, " Hobi ustazah suka bertanya. dan ustazah laaaagi suka kalau orang jawab, walaupun salah. "

Bab hari ini tentang Ilahiyat. Selepas mereka siap menyalin peta minda, saya bertanya, " Siapa tahu apa maksud Ilahiyat ? "

Umar mengangkat tangan teragak-agak, lantas menjawab, " perkara-perkara ghaib "

Saya senyum dan berkata, " kalau perkara ghaib itu, Sam'iyyat. "

----- Alhamdulillah! eksperimen berjaya. (walau tidak sepenuhnya) Pada permulaan kelas, Umar nampak tidak fokus dan kurang ceria. Selepas sahaja dia dipuji, (mengikut kaedah Nabi Muhammad), Umar kelihatan sangat bersemangat dan tidak putus-putus cuba untuk menjawab. Walaupun hampir semua jawapannya salah, tapi dia langsung tidak putus asa untuk mencuba.

Antara soalan yang lain, saya tanyakan apa maksud mukallaf. Umar angkat tangan dan berkata, " orang yang baru masuk islam".  Azri yang duduk bersebelahan dengan Umar, menolak sikunya. lantas berkata " Itu muallaf  lah! "

huhu.. Mereka memang comel.

Apa pun, Tahniah Umar! Moga Allah beri kelapangan hati untuk kamu terus menimba ilmu.
Tahniah juga kerana terpilih menjadi ' bahan eksperiman ' pertama saya. ^^

InsyaAllah, saya akan cuba lagi teknik ini pada waktu yang diizinkan Allah. Moga banyak manfaatnya nanti. Amminn..

Senyum. :)