Monday, January 14, 2013

Testing 1,2,3

Lokasi : Kelas Tingkatan 1
Masa   : 11.00 pagi


Semua pelajar lelaki belum kelihatan di dalam kelas. Barangkali masih menghabiskan sisa-sisa waktu rehat yang ada. Setelah sepuluh minit berlalu, seorang demi seorang pelajar lelaki masuk ke kelas. Riak muka masing-masing agak terkedu. ' Alamak! ustazah dah sampai. '

" Seronok makan? " saya bertanya sinis sambil mengangkat kening. Tidak mampu menyembunyikan rasa kurang senang terhadap sikap mereka. Mereka hanya diam membisu.

                                                         *                    *                      *

Soalan sinis itu telah menyebabkan kelas menjadi tegang dan tidak ceria. Semasa mereka menyalin selawat kamilah di papan putih, hanya bunyi kipas yang kedengaran. Riak muka mereka masih seperti tadi, kosong. Dan akhirnya, bila saya bertanya, " Siapa tahu mengapa kita perlu selawat?" ........................
Mereka diam membatu.

' Saya sudah silap. Tidak seharusnya menggunakan kaedah sarkastik dengan mereka. Perlu buat sesuatu, agar keadaan kelas tidak terus begini. '

Saya bangun dan senyum pada semua. Lantas berkata, " Baiklah, semua bangun.. "
" Tarik nafas dalam- dalam. Sambil itu, kamu sebut dalam hati, Allah...Allah...Allah.."

Alhamdulillah. Kelat muka mereka sudah kurang.. :)

Okey.. semua senyummm..  ^______________^

" Baiklah, sekarang saya mahu semua perkenalkan diri masing-masing. Sebut nama, hobi, dan kemahiran"

Bila dengar kemahiran, masing-masing berpandangan sambil tersenyum-senyum. " Alamak, apa ya kemahiran saya.. "

Alhamdulillah. Mood mereka bertambah baik.

" Siapa yang mahu cepat duduk, sila angkat tangan dan perkenalkan diri. "

Senyap beberapa saat. Tidak lama kemudian, seorang demi seorang mula taaruf diri.

Tiba-tiba ada seorang pelajar yang mengangkat tangan setinggi mungkin. Macamla saya tidak nampak kalau dia angkat tangan biasa-biasa sahaja. Jadi saya mengambil peluang untuk memulakan 'eksperimen'.
Saya puji perbuatannya. " Wah! tingginya kamu angkat tangan. Semangat betul, ustazah suka! "
Dia tersenyum, lalu berkata, " Nama saya Umar, ustazah "

" Umar. Saya suka nama Umar. " Kali ini saya pula yang tersenyum.
" Hobi saya bermain bola, saya mahir dalam bersukan" kata Umar dengan bersemangat.
" Baiklah, terima kasih Umar." Saya senyum sambil memberi isyarat, memberi izin untuk duduk.

                                             *                  *                    *

Sebelum kelas tauhid bermula, saya katakan pada mereka, " Hobi ustazah suka bertanya. dan ustazah laaaagi suka kalau orang jawab, walaupun salah. "

Bab hari ini tentang Ilahiyat. Selepas mereka siap menyalin peta minda, saya bertanya, " Siapa tahu apa maksud Ilahiyat ? "

Umar mengangkat tangan teragak-agak, lantas menjawab, " perkara-perkara ghaib "

Saya senyum dan berkata, " kalau perkara ghaib itu, Sam'iyyat. "

----- Alhamdulillah! eksperimen berjaya. (walau tidak sepenuhnya) Pada permulaan kelas, Umar nampak tidak fokus dan kurang ceria. Selepas sahaja dia dipuji, (mengikut kaedah Nabi Muhammad), Umar kelihatan sangat bersemangat dan tidak putus-putus cuba untuk menjawab. Walaupun hampir semua jawapannya salah, tapi dia langsung tidak putus asa untuk mencuba.

Antara soalan yang lain, saya tanyakan apa maksud mukallaf. Umar angkat tangan dan berkata, " orang yang baru masuk islam".  Azri yang duduk bersebelahan dengan Umar, menolak sikunya. lantas berkata " Itu muallaf  lah! "

huhu.. Mereka memang comel.

Apa pun, Tahniah Umar! Moga Allah beri kelapangan hati untuk kamu terus menimba ilmu.
Tahniah juga kerana terpilih menjadi ' bahan eksperiman ' pertama saya. ^^

InsyaAllah, saya akan cuba lagi teknik ini pada waktu yang diizinkan Allah. Moga banyak manfaatnya nanti. Amminn..

Senyum. :)