Thursday, September 13, 2012

..Dengan nama Mu..

بسم الله الرحمن الرحيم

DUBLIN, IRELAND
2 SAFAR 1444H
6.30 pm


" Psst...Jemah, cuba kau tengok adik tu.." "kau ni dah kenapa? kan dia tengah masak tu. nak tengok mendenye..?

"Ishh. kau ni,, cuba peghati betul-betul! "

.....................................................................................................................................

Menu makan malam hari ni simple je. Telur sambal a.k.a  lauk 'bujang tenang'. Ulya baru berjinak-jinak nak masuk dapur nih.. Junior lah katekan. kalau tak tercampak kat bumi Ireland ni, ntah-ntah lada hitam dengan lada sulah pon tak tahu beza gak nye..

BISMILLAH.... Tukk! Kulit telur diketuk dan diluah isinya ke dalam kuali panas. Satu- persatu telur ayam siap digoreng.

....................................................................................................................................

" Bagus lak ai adik ni jemah.. kau tengok tuh, bila nak goreng telur tu dia sebut bismillah, bila nak tumis sambal,, pun dia sebut bismillah.."
Tipah perlahan-lahan mengangguk kepalanya, lantas berkata, " baru aku teringat, budak-budak ni ada kata, Ulya tu, kalau dia masak, manjang lauk simple jee. Tapi orang makan bertambah-tambah.sedap tu bro..sekarang baru aku tahu apa rahsianya..

Power betul kalimah Bismillah! *__*


                                    *                                                 *                                                    *

Cerita pendek di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena langsung dengan siapa pun yang tinggal di Dublin mahupun di Cairo ^^

Sekadar nak merasmikan blog baru ni dengan lafaz



Rasulullah S.A.W bersabda : " Setiap perkara baik yang tidak dimulakan dengan menyebut Bismillah (dengan nama Allah) maka ia adalah terputus (tidak diterima) "

Dalam hadith ni, Rasulullah pesan pada kita semuaaanya. Tak kira apa pun latar belakang. Baik ustaz, doktor, kaya, miskin, study Dublin, study Cairo,  d.l.l..

So, jangan malu-malu kucing untuk mulakan apa pun tugas anda dengan lafaz Bismillah.. okeh?!

InsyaAllah, keberkatan akan sentiasa mengalir, seiring dengan ganjaran dari Nya..

Akhir kata, (dah macam surat pulak) Moga blog ni jadi salah satu medium untuk saya bercucuk tanam, agar kita semua, sama-sama dapat hasilnya di 'sana' nanti..Aamiin...


Wallahu'alam


2 comments:

  1. salam dik study ireland *angkat kening double jerk* hee~ Nice entry you've got here.cooooooooooooomel..:) keep it up. *angkat 2 ibu jari tinggi* hehe ^__________^

    ReplyDelete
  2. oh kak long ku! maafkan saya kerana baru menyedari komen ini.

    terima kasih ^____^

    pena saya sudah lama tidak berlari, maka medan ini pun bersawang. huhu

    moga Allah beri kelapangan & kekuatan

    ReplyDelete