Aisyah menanggalkan cermin matanya. Tuala muka
di birai katil dicapai, lantas muka ditekup lama. Menghilangkan sendu yang
masih berbaki..Allah....memang sentap habis lah pengajian ostad tadi,
teresak-esak penonton time baca doa penutup. Tadi ostad hurai
satu hadith ni, dari sekolah rendah dah penah dengar dan baca, tapi
tak penah sekali pon hinggap kat dalam hati ni.
Daripada
Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak sempurna iman seseorang itu
sehingga aku lebih dicintainya daripada ayahnya, anaknya dan manusia
seluruhnya.”
Ada satu pepatah Arab kata, “ cinta itu
membutakan & menulikan ”.
Bila sebut c.i.n.t.a je, apa yang terlintas? kalau tak teringat
kat pakwe,(astaghfirullah..) mesti terbayang wajah redup ibu.(yang ni
soleh sikit). Bercakap soal ibu, teringat sebuah kisah. Ada seorang
wanita mengandung tinggal di sebuah rumah sewa bersama keluarganya dan juga emaknya
yang sudah nyanyuk. Di balik hiruk-pikuk kota raya Kuala Lumpur, wanita gigih
ini tabah melayani karenah emaknya yang ‘sebijik’ macam budak kecil berumur
5tahun. Bila diberi makan, pinggan ditepis. Bila nak dimandikan, meronta-ronta.
Bila dibiarkan sebentar dalam bilik air, habis najisnya sendiri dibuat main.
Habis kotor dan busuk bilik air itu dikerjakan. Agak-agaknya, kalau kawan kita
buat semua perbuatan tu, mesti kita dah mengamuk kan? Tambah
lagi,emosi orang mengandung lebih kacau. Akan tetapi, setinggi mana amarah itu
dimomokkan, tinggi lagi kasih anak pada ibunya. Anaknya itu masih lagi mampu tersenyum
dan terus bersabar menjaga ibundanya yang sangat dicintai. Subhanallah..
Begitulah nilai cinta dalam kamus hidup insan. Segala apa yang ada di atas muka
bumi sanggup digadai,dikorban, hanya kerana apa? CINTA..
Nah,
sekarang cuba kita tanya diri kita, kalau kasih kita terhadap ibu setinggi
gunung, setinggi mana pula kecintaan kita terhadap Rasulullah? Adakah tingginya
seperti bintang di langit, atau sama banyak dengan sayang kita pada keluarga.
Ataupun,kalimah cinta pada Rasulullah itu,seakan janggal je pada kita. Tanya
iman! (tak perlu tepuk dada)..
Jom kita
teroka zaman Rasulullah SAW... Dunia jadi gempar bila mendapat berita pemergian
Nabi. Seluruh alam berubah kelam dan sugul..di sana sini kelihatan orang
menangis sayu. Masing-masing tidak percaya. Seperti contoh, Saidina Omar.
Apabila beliau menyedari bahawa Rasulullah benar-benar telah wafat, Saidina
Omar tersentak sehingga kaki beliau tidak mampu menanggung jasadnya lalu
Saidina Omar menangis teresak-esak. Kecintaan beliau terhadap Rasulullah yang
terlalu mendalam menyebabkan beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa
Rasulullah SAW yang dikasihinya telahpun meninggalkan mereka semua buat
selamanya.
Saidina
Bilal bin Rabah, pada zaman Saidina Omar telah tinggal di Sham. Pada satu
malam, beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut,
Rasulullah bersabda kepada beliau :
“Apakah kekerasan hati ini wahai Bilal?! Adakah belum tibanya lagi waktu untuk kamu menziarahiku?”
“Apakah kekerasan hati ini wahai Bilal?! Adakah belum tibanya lagi waktu untuk kamu menziarahiku?”
Mimpi ini
telah mengejutkan Saidina Bilal daripada tidurnya. Beliau sangat sedih dan
sangat merindui Rasulullah SAW lalu beliau terus bergegas menuju ke Madinah
Munawwarah. Apabila beliau tiba di Madinah, beliau menuju ke pusara Rasulullah
SAW lalu Saidina Bilal teresak-esak menangis sambil menggosok-gosokkan wajah
beliau di pusara Rasulullah lantaran kerinduannya kepada Baginda Muhammad SAW.
Saidina Hasan dan Saidina Husin yang mendapati Saidina Bilal ada di pusara
datang bertemu dengan beliau. Kedua-dua cucu Rasulullah ini menyatakan bahawa
mereka terlalu merindui azan Saidina Bilal yang pernah dilaungkan semasa hayat
Rasulullah SAW.
Atas permintaan cucu Rasulullah SAW, Saidina Bilal pun
bersetuju untuk melaungkan azan di bahagian atas masjid, yang merupakan tempat
beliau melaungkan azan ketika Rasulullah belum wafat. Berita bahawa Saidina
Bilal akan melaungkan azan menyebabkan penduduk Madinah yang terdiri daripada
kalangan para sahabat Rasulullah dan keluarga-keluarga mereka terus keluar dari
rumah-rumah mereka dan berhimpun untuk mendengar suara Saidina Bilal melaungkan
azan.
Azan yang
dilaungkan oleh beliau akhirnya menyebabkan penduduk Madinah Munawwarah
menangis teresak-esak dan menjerit kesedihan khususnya ketika Saidina Bilal
melaungkan : “Asyhadu anna muhammadan Rasulullah”. Sehingga dikatakan
bahawa Saidina Bilal sendiri tidak mampu untuk menyudahkan azan beliau lantaran
tangisannya dan kepiluannya yang terlalu membungkam jiwanya ketika itu.
Para
sejarawan menyatakan bahawa hari tersebut adalah hari yang paling banyak
bilangan orang-orang yang menangis di Madinah Munawwarah selepas kewafatan
Rasulullah sehingga mereka menyatakan bahawa suasana tangisan, kepiluan dan
kesedihan penduduk Madinah ketika itu adalah seperti kesedihan yang mereka
alami semasa hari kewafatan Rasulullah SAW..
Kelas
pengajian hari ini diakhiri dengan persoalan yang cukup menusuk kalbu.
Jika
Rasulullah SAW dan ibu anda berada di tempat bahaya, hanya seorang sahaja yang
anda mampu selamatkan. Siapakah yang akan menjadi pilihan anda??
*
* * *
Aisyah bangun dari katilnya setelah lama berteleku
mengimbas kembali isi-isi pengajian hadith sebentar tadi. Dia menuju ke meja
tulisnya lantas mengeluarkan sehelai kertas dan pen.
Perlahan-lahan
dia mencoretkan sesuatu..
Warkah buatmu
Ya Rasulullah...
Tiada sehari yang berlalu, tanpa ku mengingatimu..
Rindu padamu sentiasa mendambakan kasih dan
sayangmu..
Tidak dapat ku gambarkan,
Rindu yang lahir dari hatiku,
Hanya yang mampu tuk ku lafazkan,
Aku merinduimu...
Terasa amat jauh diri ini,
Kerna kau tiada disisi,
Bergenang air mataku,
Bila terkenangkanmu...
Wahai
kekasih Allah, sungguh diri ini hina untuk mendamba cintamu.. bahkan,
mengharapkan syafaatmu...
Aku
mengaku cintakanmu, tapi aku malu untuk menegakkan SunnahMu...
Tiap
hari aku berikrar bahawa engkau utusan Tuhan, tapi hampir setiap hari aku
melupakanmu..Ya Allah.. ighfir zunubana...
Apakah aku diterima
atau kau kan membiarkan saja,
kerana ku berdosa, jangan biar ku terhina..
ku
merayu padamu....
Maafkan
diri ini wahai Kekasih Allah...
Hanya
satu ku pinta, moga cinta yang baru berputik ini, membuahkan pertemuan antara
kita di syurga kelak...amin Ya Robbal Alamin...
- PENCINTA AL-AMIN ^_^
P/S : Nak update cinta pada Rasulullah ni, bukan time maulid je tau!
salam ...
ReplyDeletekomen di sini ya.. :)
tahniah kakak...! moga sentiasa terus berkongsi ilmu di medan bisu ini...moga setiap yang membacanya mendapat manfaat bersama....
salam sayang dari saya :)
wsalam.. adik maniss..!
Deleteterima kasih.. :) amin yaRobb.
Mohon tunjuk ajarnya mbak~